:Sayy//Soya:
D'Owner!

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies

Assalamualaikum and Hi. Welcome to my wonderland. Be nice here. Do visit again.


Tagboard!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Ayin
Others:   


kehidupan.



assalamualaikum *lambai tangan* haii semua, sihat tak? ha tuu yang terbaring tu apekehey? dah terlebih muatan ke makannya? kahkahkah. amboii korang, cuti ni kemain yee makan. nafsu pelahap nauzubillah. haih. apa nak jadi korang ni? hah? kan nak bukak sekolah ni? menten lah sikit badan tuu. emm emm.aku ni dok merepek macam cakap depan cermin je. haihh, dah melalut dah ni.. okay dah tengok entry aku yg bosan tu? oii oii idea nak berkarang ni bukan senang nak dapat tau, so tolong lah baca entry ni dengan penuh bersemangat walaupun isi kandungan nya seperti tisu yg dicelup dengan cat, indah khabar dari rupa. okay okay.

ye tahuu. nak start cerita lah ni. so yang taknak baca tu sila lah keluar ye, biarkan aku syok sendiri tulis dekat sini. blog siapa kalau taknak syok sendiri ye dakk?

masa. masa itu emas. semua tahu masa itu sangat berharga bagi setiap yang hidup. nak nak lagi manusia. tetapi, manusia acap kali tidak sedar akan penting nya masa buat kita. amacam ? best kan introdaksen gua? kekekeke. BM gua A- tauuu. satu tu je yang A. okay, cerita fasal masa nii, tak lama lagi nak tahun baru kan?hehehe. dah tercapai ke azamkorang tahun ni? *sila jawab dalam hati* 

bagi aku masa terlalu cepat sangat berlalu. sampaikan aku masih sedar yang aku ni budak kecik lagi padahal dah besar gajah. hmm. tahun depan SPM. i was like ''apaaaaaaaaaaaaa? tahun depan SPM? YA ALLAH!'' ya ya. memang tak percaya dan tak tau mcm mana nak percaya. sekejap je masa berlalu. sekejap je rasanya hidup ni kan? ya ya nak taknak aku memang kena terima hakikat yang tahun depan aku dah tingkatan 5, dah besar, dah boleh berdikari, dah boleh kahwin. kahkahkah, yang tu belakang kira. kalau mak aku nampak, mampuihh denn.

aku rasa cuti panjang tahun ni takde lah ''panjang'' sangat. 2bulan JE. JE k JE. baru baru ni aku ada lah buat refresh-men sikit kat otak aku ni yg dah keladak ni. ya ya seperti korang, kau dan aku jangka kan apa yang aku study semua tak masuk. apa yang aku buat soalan semua tak dapat jawapan. lepas tu aku terfikir, sedia kah aku nak SPM ? sediakah aku nak jalani kehidupan dewasa mcm orang? matangkah aku?. memang masa tu aku fikir terlampau jauh. fikir tentang kehidupan aku. bukan kehidupan orang lain.

aku tak rasa aku cukup matang untuk semua ni..... aku perlukan masa. hmm berapa banyak masa lagi kau nak sayyy oi? entah lah. kadang2 aku rasa aku dah ready, kadang kadang tak. ni semua SPM punya pasei. weihh serius kalau takde SPM aku rasa memang aku takkan kusut mcm orang gila jual botol tuu.

lepastuu aku terfikir, kalau aku dok fikir gini, tapi takde usaha takde jugak kan? so dengan pantas jugak masa  tu aku amik kertas aku tulis azam aku untuk tahun depan. tak banyak, 2 je. apa? hmm tak perlu lah korang tahu. tapi untuk aku capai azam ni aku perlukan sokongan. sngt sangat perlukan sokongan. doakan aku dapat capai azam ni okayy. 

hihi. tu jelah kot nak cerita. minta maaf kalau jalan cerita entry aku ni mcm keling sikit, aku pun tak tahu kenapa jadi begini. maaf ya! anyoung!

sayyy! hwaiting!